Digesa letak jawatan kerana keluar dari blok kerajaan, Syed Saddiq minta ahli parlimen atau menteri beli cermin dulu - The Reporter

Digesa letak jawatan kerana keluar dari blok kerajaan, Syed Saddiq minta ahli parlimen atau menteri beli cermin dulu

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan dirinya keluar daripada blok kerajaan susulan penguguran 47 kes pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, pembaharuan atau reformasi yang dijanjikan oleh kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim telah dibatu-nisankan, meskipun Anwar sebelum ini menegaskan beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.

Tindakannya itu membuatkan ramai pihak termasuk ahli politik lain menggesanya meletak jawatan. Namun, Presiden Muda berkenaan enggan berbuat demikian dan meminta mereka mencerminkan diri terlebih dahulu.

“Jikalau saya perlu kosongkan kerusi kerana ingin melawan rasuah, saya cadang beli cermin untuk ahli parlimen atau menteri yang kata perkara tersebut.

“Kalian semua perlu kosongkan kerusi juga. Sejak bila kamu dipilih untuk gugurkan rasuah. Adakah kamu sedia untuk kosongkan kerusi juga?” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sumber: MalaysiaKini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!