'Die as a legend kepala otak kau la' - Netizen jumpa FB suspek dera bayi, terus dikecam berjemaah - The Reporter

‘Die as a legend kepala otak kau la’ – Netizen jumpa FB suspek dera bayi, terus dikecam berjemaah

Netizen berjaya menemui akaun Facebook suspek dera bayi, Don Shrodai Shafiq & mengambil peluang untuk mengecamnya sebelum ruang komen ditutup.

Polis mengesahkan, suspek, Amir Shafiq, 31, yang didakwa mendera anak perempuan kepada teman wanitanya, berusia 1 tahun 11 bulan, telah berjaya ditahan malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan berkata, suspek ditahan di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat hari ini.

‘Tergamak pukul baby’ – Netizen

Sementara itu di media sosial, netizen turut berjaya mengesan Facebook milik suspek, Don Shrodai Shafiq. Di kesempatan itu, netizen mengambil peluang untuk mengecam suspek pada satu hantaran bertarikh 14 Mei 2021.

“Hi binatang, muka dah la tak semengah, lagi nak dera budak. Kau ni aku doakan mati dalam keadaan terseksa sedikit demi sedikit. Baru kau tahu erti penyesalan. Babi, tak gentle pukul budak. Si#l punya perangai,” komen Aniez Ezaty.

“Tak faham, macam mana orang dewasa boleh tergamak memukul bayi berusia setahun sampai bengkak di mata, lebam di seluruh badan. Dengan baby, dia henjan lunyai macam tu sekali.

“Alang-alang tu tangkap sekali mak dia. Apa benda biarkan baby sampai berkali-kali kena pukul. Bukan first time kena bantai. Tak ada hati perut ke mak dia? Tak payahlah buat alasan takut la, apa la. Kau bukan takde mak bapak, takde makcik pakcik,” komen Anis Sufian.

‘Semoga lama berada dalam penjara’ – Netizen

Rata-rata mendoakan suspek dikenakan hukuman berat kerana perbuatannya terhadap mangsa tidak dapat diterima dan melampaui batasan.

“Berdoalah kau masuk dalam penjara lama-lama. Kalau kau keluar awal, lagi teruk kau kena rojak nanti. Ramai tunggu kau ni. Aku nasihatkan kau minta hakim bagi lama sikit duduk kat dalam,” komen Khairul Azman.

Terdahulu, media sosial digemparkan dengan pendedahan seorang bayi perempuan mengalami lebam di muka dan seluruh badan akibat didera oleh teman lelaki ibunya.

Menurut ibu mangsa, anaknya dipukul hanya kerana suspek tidak tahan mendengar bunyi bising. Lebih teruk lagi, mangsa dipukul menggunakan penyangkut baju selama empat hari berturut-turut dan pernah dikurung semalaman di bilik.

Suspek kemudian menghantar dua beranak itu pulang ke rumah ibunya sebelum didatangi polis dan terus melarikan diri.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!