Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 22 tahun dilaporkan hilang selepas keluar daripada rumahnya di Taman Sentosa, Klang, semalam.
Menurut Ang Wei Hang, 24, dia menyedari adiknya, Ang Hui Enn, tiada di rumah dan cubaan untuk menghubunginya juga tidak berhasil sebelum menyedari telefon bimbit wanita itu berada di dalam bilik.
Wei Hang kemudian memeriksa kandungan telefon tersebut dan terkejut apabila mendapati ada nota dalam tulisan bahasa Cina yang menyatakan dia ingin membunuh diri di luar rumah tanpa menyusahkan orang lain.
Bimbang dengan keselamatan adiknya, Wei Hang segera membuat laporan di Balai Polis Klang pada jam 12 pagi dan membuat hebahan di media sosial.
Bagaimanapun selepas lebih daripada 24 jam, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pihak berkuasa di lokasi berdekatan dengan kediamannya. Perkara itu turut disahkan oleh ahli keluarganya sendiri pada jam 3.32 petang tadi dalam satu kenyataan ringkas di Facebook komuniti MyKelang.
“Dia telah pergi meninggalkan kami”
Dalam hantaran yang sama, ahli keluarganya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dan orang awam yang telah membantu mereka. Malah mereka menjelaskan mangsa meninggal dunia bukan kerana dirinya ‘jahat’, tetapi disebabkan mereka terlambat menemuinya.
Belum diketahui punca sebenar kematian mangsa dan polis juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu. Namun pengendali akaun Twitter Malaysia Most Viral mendakwa mangsa membakar arang di dalam kenderaannya.
salam sejahtera kepada semua kawan muslim yg menyambut Hari Raya
Adik ni ialah kawan i pny anak, rumah tinggal kat (klang, tmn sentosa) dan mesej kata bahawa dia akan membunuh diri dengan membakar arang di dalam kereta pic.twitter.com/5mA92xYonH
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 25, 2023
Sumber: Weird Kaya, Malaysia Most Viral








