'Dia tampar staff restoran berkali-kali' - Sebelum tunjal kepala, abang baju merah tampar pekerja restoran steamboat - The Reporter

‘Dia tampar staff restoran berkali-kali’ – Sebelum tunjal kepala, abang baju merah tampar pekerja restoran steamboat

Puthreess mengakui dia dan keluarga menyaksikan pemandu Persona itu tampar staff restoran berkali-kali di Cameron Highlands

Bagaikan drama, satu persatu timbul kisah di sebalik lelaki yang menunjal kepala wanita yang dilaporkan semalam.

Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Puthreess mendakwa, lelaki yang sama itu juga didakwa tampar staff restoran steamboat di Cameron Highland. Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu disaksikan sendiri oleh dia dan keluarga, serta orang ramai yang berada di premis tersebut.

“Abang baju merah tu, dia tampar pekerja restoran Glory Steamboat. Insiden ini berlaku di depan mata kitorang. Mula-mula dia dah tampar staff sekali, tapi kitorang malas nak ambik kisah, mungkin dia ada masalah ke apa kan. Jadi kitorang tak nak masuk campur,” katanya.

Kemuncak kejadian, semasa si pelaku itu membuat pembayaran, dikatakan si pelaku kelihatan memarahi dan melemparkan makanan sebelum menampar pekerja baharu di situ berkali-kali. Tidak tahan melihat insiden tersebut, Puthreess dan keluarganya bangkit menegur lelaki terbabit.

“Masa dia nak pergi bayar, dia marah-marah, nak lempar makanan dan kemudian menampar seorang staff baharu berkali-kali. Kitorang tegurlah, ‘Abang sudahlah, stop tampar pekerja tu’, orang tengah ramai lagipun kita nak makan dalam keadaan tenang.

“Keadaan masa tu jem, jadi tak ada pilihan, ramai yang berhenti dekat restoran tu untuk makan. Walaupun lambat satu jam hidang, kena sabar,” katanya.

Puthreess juga memberi amaran yang dia akan menghubungi polis. Tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati lelaki berkenaan yang kemudian datang ke meja memberi amaran untuk tidak masuk campur urusannya.

Salah seorang ahli keluarga Puthreess pula bangun dan menegur sikap lelaki itu sehingga tercetusnya pertikaman lidah di antara mereka sebelum isteri kepada lelaki itu datang menarik suaminya beredar dari lokasi kejadian.

“Kita kat Malaysia ada undang-undang. Tak perlu buat macam tu walaupun ada jawatan ke pangkat ke,” katanya.

Sumber: TikTok Puthreess

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!