Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu tular satu video yang merakamkan pasangan pengantin baru yang diraikan dengan penuh meriah. Di sebalik kemeriahan majlis tersebut, rupa-rupanya diserikan lagi dengan kehadiran isteri pertama bersama anak-anak.
Video tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai spekulasi netizen, membuatkan Paveena tampil menjelaskan hal sebenar di mana dia sendiri yang merisik serta melamar isteri kedua suaminya itu.
“Ramai salah faham dengan menggelarkan madu saya sebagai penyondol, hakikatnya dia adalah rakan saya,” katanya.
Menurut Paveena, telah lama mengenali Nurul Nazirah sejak mereka mula menjadi kawan di laman Facebook.
“Boleh dikatakan, hubungan kami macam belangkas sampai malah dia pernah bercuti dengan anak saya sekali. Tetapi dia tak rapat dengan suami pun, setakat kenal macam itu saja.
“Satu hari, dia (Nurul Nazihah) tanya ada kerja kosong atau tidak dan kebetulan ada. Maka saya ambil dia bekerja sekali untuk kami bersama buat siaran langsung di TikTok,” katanya.
Sejak dari itu, Paveena selalu mengusik dan menjodohkan suaminya dengan Nurul Nazirah. Tetapi rakannya tidak memberi sebarang reaksi yang menunjukkan mereka ada perasaan terhadap satu sama lain.
Ditakdirkan usaha Paveena untuk menjodohkan mereka berdua menjadi kenyataan membuatkannya gembira. Apatah lagi dia juga sudah lama mengenali dan berasa senang dengan sikap Nurul Nazirah.
Malah atas persetujuannya, suami dan Nurul Nazirah disatukan dalam majlis akad nikah pada Jumaat diikuti persandingan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.
“Daripada situ, kami berbincang dan selepas semua setuju, saya jadi wakil rombongan merisik dan melamar hingga mereka kini sah sebagai suami isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Paveena jujur mengatakan dia reda dengan ketentuan Ilahi dan yakin suaminya dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.
“Saya percaya suami saya akan berlaku adil kerana dengan saya, dia layan macam ratu. Madu pun begitu, jadi saya cuma harap dia bertanggungjawab dan beri layanan sama rata.
“Cemburu itu ada tetapi tidak melampau, cuma setakat berkaitan makanan kerana selera saya dan madu berbeza jadi hanya sering berebut tempat saja,” katanya.
Sumber: Harian Metro








