Semalam media melaporkan kes pembunuhan tragis yang melibatkan seorang wanita mengandung empat bulan. Suspek pembunuhan tersebut yang berusia 21 tahun dikatakan merupakan teman lelaki mangsa.
Tular di TikTok semalam, seorang wanita tampil mengakui bahawa suspek adalah teman lelakinya dan meminta orang ramai tidak melemparkan komen keterlaluan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman.
“Salam semua, saya bukan tunang dia. Saya hanyalah teman wanita dia (suspek). Walau betul sekalipun dia bersalah (atas tuduhan membunuh), biarlah dia terima hukuman. Nak tak nak, kita kena telan juga.
“Biarkan apa yang terjadi ini, jadikan sebagai pengajaran dan ambil iktibar untuk semua perempuan di luar sana.
“Untuk Aiman, terima kasih ya. Aku dah maafkan semuanya,” katanya pada kapsyen video.


Video tersebut turut dikomen oleh ibu wanita berkenaan, “Keep strong sayang, kita tak tahu apa yang terjadi. Memang si pelaku ni baik, lembut orangnya tapi kita tak dapat jangka. Apa yang terjadi, jadikan pengajaran.
“Kami satu family terkilan dan kami maafkan kesemuanya. Apa yang si pelaku buat, dia harus tanggung,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan dua beranak itu mengundang kecaman netizen yang menganggap mereka tidak sensitif dengan kejadiaan menimpa mangsa di mana dia dibunuh, perut ditoreh dan mayatnya dibakar semata-mata mahu menyembunyikan hakikat bahawa mangsa hamil empat bulan.
“Sempat pulak nyah kau edit-edit gambar, buat video letak lagu sedih sambil taip kapsyen panjang-panjang selit emoji sana sini.
“Boyfriend kau tu bunuh orang tau? Bukan setakat bunuh, dia korek perut, lepas tu bakar orang. Tiber kau yang play victim nak maafkan semua. Podiaa!” kata Alan.
“Kita bukan tak faham maksud perempuan tu maafkan semuanya tu reffer to boyfriend dia ada scandal, tapi kita question the audacity? Kes bunuh, kejam,” komen Ika_syy.
“Nak glamor kat TikTok la tu. Kalau aku, terus trauma dan menyepi terus. Tak nak orang kenal aku kalau ada kaitan dengan pembunuh tu. Pelik-peliklah manusia zaman TikTok ni, hal macam ni macam drama pukul 7 dia buat,” komen Rynryncutie.
Sumber: IniAlalalann, Joe Antifragile