“Peniaga kosmetik sekarang promote produk depan Kaabah,” demikian tweet yang sedang viral di laman Twitter mengundang pelbagai reaksi netizen.
Dua gambar yang dimuat naik menunjukkan pemilik gambar merakam dua gambar produk kosmetik tempatan di depan kaabah dengan kapsyen “The best mascara ever!!”.
Netizen berkata, peluang dijemput ke tanah suci sepatutnya dimanfaatkan bukannya membuat perkara yang sia-sia atau perkara yang boleh mencemarkan imej agama.
“Menyempat. Dah sampai sana tu, fokus sajalah buat ibadah. Kenapa level tahap bodoh mereka sampai macam ni. Hmm..” kata netizen.
“Sampai matam tu sekali nak promote produk. Agak-agaklah. Depan kaabah kot tu, fokus ibadah saja.
“Orang lain nak sangat dapat pergi sana nak tambah pahala sebab di sana berlipat kali ganda pahala. Orang yang ada peluang pergi sana sia-siakan peluang dengan perbuatan yang tak berfaedah.
“Macamlah balik Malaysia nanti tak boleh promote barang. Patutnya dah sampai sana, tinggalkanlah hal dunia, fokus pada ibadat,” kata netizen lain.
Sumber: @pedoqpop