Strider Bike atau nama asalnya Balance Bicycle dicipta untuk membantu kanak-kanak mengawal keseimbangan dan cara mengemudi basikal tanpa pengayuh dan rantai seperti yang sedia ada pada basikal biasa.
Banyak kelebihan menggunakan basikal seperti ini selain dari membantu kanak-kanak belajar mengenai kesimbangan dan mengemudi, ia juga membuatkan kanak-kanak lupakan dunia gajet serta beriadah di luar.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi tentang basikal ini dan apa yang menariknya, kanak-kanak yang mempunyai Strider Bike boleh menyertai Strider Cup Malaysia atau Push Bike Tournament. Mesti anak-anak teruja!
BARU-BARU ini kawan saya di Denmark berkongsikan bahawa anak-anak seawal usia satu tahun setengah sudah diperkenalkan dengan Strider Bike di sana. Di Jepun juga sama dan Strider Bike ini sangat famous. Ia sangat unik, tiada paddle, tiada brek dan tiada rantai.
Dengan Strider Bike, anak-anak kita akan dilatih mengawal kesimbangan badan mereka. Selain itu, ia juga menguatkan otot-otot kaki serta meningkatkan stamina mereka. Strider Bike ini juga boleh dibawa ke pelbagai jenis permukaan rata sama ada berumput atau bertanah.