'Delete post ini, awak buat caption memfitnah suami saya' - Wanita dalam video viral kesal individu fitnah suaminya - The Reporter

‘Delete post ini, awak buat caption memfitnah suami saya’ – Wanita dalam video viral kesal individu fitnah suaminya

Baru-baru ini, tular video seorang wanita berpelukkan mesra dengan suaminya yang sedang memandu, mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

Dalam masa yang sama, ada seorang individu memuat naik semula video tersebut di akaun Facebooknya dengan kapsyen nakal.

“Bukan nak kata apa, dari segi bukaan tangan, kekukuhan lengan, pelukan erat, kestabilan pemanduan dan pemfokusan khusus ke atas jalan, nampak laki dia bukan calang-calang punya pengalaman.

“Macam dah pernah training buat benda sama dengan tujuh lapan orang gadis yang berbeza. Mantap brader,” tulisnya.

Tindakannya itu membuatkan wanita dalam video tersebut tampil memintanya memadamkan video tersebut kerana kapsyen yang ditulis itu telah memfitnah suaminya.

“Minta jasa baik untuk delete post ini. Saya owner video. Awak buat caption seolah-olah memfitnah suami saya,” katanya melalui mesej secara peribadi kepada individu berkenaan.

Bagaimanapun, permintaan wanita itu tidak diendahkan dan individu berkenaan memuat naik hantaran menyindir wanita terbabit.

“Saya minta page Pandu**** padam post ini segera kerana caption seolah-olah memfitnah jalan raya ingin melakukan sesuatu yang jahat kepada mereka berdua,” tulisnya.

Terdahulu, netizen mengecam tindakan pasangan berkenaan yang melakukan aksi romantis dalam kereta ketika si suami sedang memandu.

Netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan pasangan terbabit bukan sahaja membahayakan diri, malah membahaya pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!