‘Datang tempat orang, sila beradab!’ – Biadab! Individu cetus provokasi melampau di Stadium JDT, ditahan

Malam tadi, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaran Piala FA buat dua musim berturut-turut setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun semasa aksi perlawanan sedang berlangsung, terdapat segelintir pengunjung luar yang datang menyaksikan perlawanan tersebut melakukan provokasi.

Tindakan biadab dan tidak senonoh mereka itu mengundang ketidakpuasan hati ramai dan pihak keselamatan terpaksa campur tangan susulan keadaan semakin tegang serta penyokong JDT sudah mula mengerumuni kawasan tempat duduk tersebut.

Individu-individu itu kemudian dilihat cuba ‘bersembunyi’ dengan berpindah ke tempat duduk yang lain.

https://www.tiktok.com/@seorangtina/video/7258675268586458369?q=seorang%20tina&t=1690084694380

Malangnya, gerak geri mereka masih diperhatikan sehingga datang seorang pegawai yang dipercayai pengiring Tunku Makhota Johor (TMJ) turun sendiri ke lokasi dan mengarahkan beberapa individu yang terbabit dalam provokasi itu ditahan.

Tindakan pegawai berkenaan menerima sorakan ramai yang berpuas hati geng provokasi terbabit telah ditahan.

“Kalau tengok bola tu, tengok bola je la. Jaga adab dan jangan provok pihak lawan. Nanti boleh bergaduh satu stadium. Menonton tu enjoy-enjoy je la,” kata Hafiz.

“Masaklah dah kena pegang dengan abang beret. Main-main sangat. Orang nak tengok bola, diorang sibuk nak provok,” kata Bin Orang.

Sumber: TikTok, Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!