Dasar Berkursus 7 Hari Setahun Penjawat Awam Ditangguhkan - The Reporter

Dasar Berkursus 7 Hari Setahun Penjawat Awam Ditangguhkan

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini mengeluarkan surat arahan penangguhan dasar berkursus 7 hari setahun bagi semua anggota Perkhidmatan Awam. 
Surat tersebut menyatakan bahawa penangguhan penguatkuasaan itu dibuat bagi memberi ruang kepada semua agensi Kerajaan menyusun semula kursus-kursus di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) mengikut keutamaan dan keperluan anggota berdasarkan kepada keupayaan kewangan agensi-agensi Kerajaan. 

Penangguhan itu berkuatkuasa mulai tarikh surat dikeluarkan (29 Februari 2016). Bagaimanapun tertakluk kepada penerimanya oleh pihak berkuasa masing-masing. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!