'Darjat dalam sukan' - Individu pertikai sambutan tertumpu kepada bola sepak berbanding sukan lain - The Reporter

‘Darjat dalam sukan’ – Individu pertikai sambutan tertumpu kepada bola sepak berbanding sukan lain

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Selepas aksi pencapaian membanggakan yang dtunjukkan oleh skuad Harimau Malaya, rakyat Malaysia masih tidak terhenti bercakap mengenai perlawanan menentang Korea baru-baru ini.

Kesungguhan penonton dan peminat bola sepak ini juga tidak dapat dipertikaikan sehingga ada yang sanggup ke Qatar demi menyaksikan momen terindah.

Kepulangan skuad Harimau Malaya ini juga telah disambut dengan meriah ketika tiba di lapangan terbang. Bukan hanya tersenyum membawa berita kegembiraan, malahan skuad ini juga menyambut dengan baik pengumuman dari Perdana Menteri yang telah meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, ada yang mendakwa peruntukan dan layanan tersebut seolah berat sebelah apabila hanya sukan bola sepak diberikan tumpuan. Sukan-sukan lain seperti badminton dan hoki yang telah meyumbangkan nama baik Malaysia dipandang sepi.

Krtikan itu bagaimanapun katanya bukan untuk merendahkan inisiatif yang dilakukan tetapi menampakkan ketidakadilan.

‘Bukan merendahkan pemain, tapi ingin mengkritik ketidakadilan yg berlaku oleh kerajaan dlm memberi perhatian terhadap sukan-sukan di Malaysia.

“Ya, bola sepak ramai peminat. Tapi adakah patut utk dilayan bagai anak emas sedangkan ada sukan yg lebih baik?” katanya.

Namun begitu, pandangan individu ini disangkal oleh individu lain dan netizen. Kata mereka, bola sepak merupakan sukan terkenal sejak dulu lagi. Peminat bola sepak ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan tanpa had umur.

Sukan bola sepak ini juga kata mereka antara sukan yang tidak bermodalkan tinggi seperti sukan lain. Oleh kerana itu, tumpuan lebih ke arah sukan ini yang dilihat boleh dinikmati oleh pelbagai golongan sederhana dan kaya.

Sumber: Apip, Zamir

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!