Dari jaga ibunya sakit hingga imamkan solat jenazah ibu, pelajar 11 A SPM dipuji netizen, wajar dijadikan contoh - The Reporter

Dari jaga ibunya sakit hingga imamkan solat jenazah ibu, pelajar 11 A SPM dipuji netizen, wajar dijadikan contoh

Syahril yang memperoleh 11 A dalam SPM menjadi tular baru- baru ini kerana dia dapat membuktikan dia mampu berjaya walaupun menjaga ibunya

Baru-baru ini akhbar tempatan melaporkan sejumlah 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 dan mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajar tidak hadir menduduki peperiksaan berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata penelitian itu perlu dilakukan bagi membolehkan kementerian membuat intervensi yang sewajarnya untuk memastikan kehadiran pelajar lebih baik pada tahun-tahun akan datang.

Disebalik ‘keengganan’ calon-calon pelajar tersebut, terselit seorang calon yang wajar dipuji dan dijadikan sebagai contoh terbaik.

Syahril, pelajar dari Bachok Kelantan yang memperoleh keputusan 11 A dalam SPM menjadi tular baru- baru ini kerana dia dapat membuktikan dia mampu berjaya walaupun menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar setelah kematian bapanya.

Namun, kegembiraannya sempat diraikan bersama ibunya hanya seketika kerana ibunya telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Ramai netizen kagum dengan sifat remaja ini yang bukan sahaja bertanggungjawab menjaga ibunya, malahan menggalas tanggungjawab menjadi imam menyempurnakan solat jenazah ibunya sendiri.

“Subhanallah.. Allahuakhbar.. Semoga menjadi contoh pada anak remaja sekarang. Semoga anak ni jadi insan yang berguna pada agama bngsa dan negara,” tulis Yatie Rahim.

“Alhamdulillah, berkat dia jaga arwah ibu dia sebaik mungkin, Allah SWT angkat darjat dia, ramai yg mendoakan, Allahuakbar ,” tulis Mohd Azlan.

Sumber: Yuhanis Azam

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!