Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
DAP Pahang menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu kebun durian haram di negeri itu, khususnya melibatkan kawasan Raub dan Bentong yang sudah lama terpalit dengan masalah pencerobohan tanah kerajaan.
Dalam kenyataan rasmi, DAP Pahang menjunjung titah Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menegaskan aktiviti menceroboh tanah kerajaan sebagai satu bentuk “rompakan terbuka” dan perlu dihentikan serta-merta. Parti itu juga mengakui kewujudan pekebun yang telah mengusahakan tanah tanpa kebenaran sejak beberapa dekad lalu.
“Kami bersedia memainkan peranan sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan pekebun demi membuka ruang rundingan yang harmoni. Ini penting agar isu ini dapat diselesaikan secara adil serta hasil pertanian dapat diurus secara teratur dan mampan,” katanya.
- ‘Kalau ikhlas berjuang untuk Melayu, push pemaju siapkan cepat projek’ – Penduduk Kg Sungai Baru
- ‘Tindakan tegas terhadap provokasi ganggu operasi pengosongan Kampung Sungai Baru’ – Ketua Polis KL
- ‘Bukan semua yang hadir adalah penduduk asal, ramai orang luar buat kecoh’ – Syed Badli
- ‘Siasat dan berkas dalang cederakan Ketua Polis Dang Wangi’ – PM
- Operasi Kampung Sungai Baru: Ketua Polis Dang Wangi cedera, berdarah di muka
Isu ini menjadi tumpuan susulan operasi penguatkuasaan oleh pihak berkuasa pada 8 April lalu di Sungai Klau, Raub, yang menyasarkan kebun durian, kelapa sawit dan tanaman lain yang didakwa diceroboh secara haram. Kekecohan semasa operasi itu turut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.
Sultan Pahang turut bertitah bahawa tiada sebarang permohonan baharu berkenaan tanah yang diceroboh secara haram akan dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Dalam pada itu, DAP Pahang menegaskan bahawa industri durian Musang King di Raub kini sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Pekebun, katanya, mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengembangkan industri durian secara sah dan teratur agar dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan serta negara.