Dakwaan kilang keluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat, pihak polis jalankan siasatan | The Reporter

Dakwaan kilang keluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat, pihak polis jalankan siasatan

Gambar yang tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu hantaran tular mendakwa sebuah kilang yang terletak di Batu Pahat, Johor merupakan kilang yang mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah.

Susulan itu, Exco Hal Ehwal Agama Johor Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan polis sudah mengambil tindakan awal dan menyiasat kilang berkenaan.

“Kita percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dan saya berharap semua orang Islam bersabar,” katanya.

Mohd Fared berkata, pihaknya menyokong semua tindakan perundangan kepada pihak berkenaan dan sedia membantu pihak berkuasa yang terbabit.

“Kita akan ambil tindakan sebaiknya sekiranya agensi penguat kuasa kita diperlukan untuk buat serbuan dan operasi bersama, kita akan menggerakkan semua agensi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fared turut mengecam sekeras-kerasnya penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memainkan sentimen keagamaan seperti itu.

Selain itu juga, dia meminta kepada orang ramai agar berterusan memantau dan membantu pihak berkuasa dalam isu ini.

“Kita percaya hal ini tidak akan berulang lagi. Untuk bangsa Johor (minta) untuk semuanya berterusan memantau, membantu kita agensi kerajaan negeri dan melaporkan kepada pejabat kadi, pejabat polis daerah sekiranya ada kecurigaan pada hal hal berkaitan dengan masalah ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts