'Dakwaan berniat jahat untuk rosakkan nama baik saya' - Dituduh hamilkan wanita & paksa gugurkan kandungan, Aniq Suhair akan saman pemfitnah - The Reporter

‘Dakwaan berniat jahat untuk rosakkan nama baik saya’ – Dituduh hamilkan wanita & paksa gugurkan kandungan, Aniq Suhair akan saman pemfitnah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Aniq Suhair menafikan dakwaan kononnya dia telah menghamilkan seorang wanita dan memaksa individu itu untuk menggugurkan kandungan.

Aniq menegaskan tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya. Pelakon muda itu juga telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya juga mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya.

Menurut Aniq, dia telah dinasihatkan peguam untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu yang dibimbangi akan menjejaskan proses undang-undang. Laporan polis juga akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu, seorang wanita membuat pendedahan di TikTok yang mendakwa dia telah dihamilkan oleh Aniq dan tidak mahu bertanggungjawab ke atas kandungan itu.

Wanita terbabit turut meminta Aniq berhenti berpura-pura kononnya tidak bersalah dan mengugut akan mendedahkan kepada umum mengenai perangai sebenar pelakon itu.

Sumber: Instagram Aniq Suhair

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!