“Dah kalau rupa gini bakal pengantin itu pakai, apa kejadah yang cantiknya? Itulah makcik, lain kali buat kerja last minit,” demikian tulis Nabila Farha yang tahu mengenai kisah viral seorang wanita yang luahannya viral di media sosial mendakwa dianiaya pelanggan baru-baru ini.
Menurut Nabila, pelanggan berkenaan merupakan rakan kepada kakaknya, di mana dia telah menempah pakaian tersebut sejak tiga bulan yang lalu. Tetapi peniaga yang diamanahkan itu katanya, memberikan terlalu banyak alasan untuk menyiapkan tempahan tersebut.
“Member kata dah hantar lama, bila nak pergi ambil, makcik itu banyak alasan, demamlah, apalah. Rupa-rupanya buat last minit. Itulah, dengar sebelah pihak saja.
“Dia (pelanggan) dah bagi gambar tetapi itulah, katanya makcik itu beri banyak alasan nak siapkan baju ini. End up last minit buat. Tempah dari bulan tiga,” tulisnya.
Ada netizen mempertikaikan gambar contoh yang diberi menunjukkan pakaian itu lebih kurus dan mungkin tuan badan pula berisi. Namun disangkal oleh Nabila yang menegaskan pelanggan berkenaan kurus.
“Tuan badan kurus je. Baju yang tak ikut badan. Baju besar tak macam contoh yang dia bagi. Itu nampak berisi. Sebab itu pengantin bengkek.
“Tengok bahagian leret tangan itu, terbenam habis baju bila pakai. Bahagian itu dah macam nak terbang,” tulisnya.
Bagaimanapun katanya, mungkin pelanggan itu mempunyai alasannya sendiri mengapa dia bertindak membatalkan tempahan itu. Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.