Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Susulan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun, memberikan kenyataan ringkasnya pada sidang media petang semalam, Joy Revfa atau nama sebenar, Siti Arifah Amin, tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Hafiz Hamidun yang dikatakan sedikit sebanyak menjejaskan maruahnya.
Dalam sidang media petang semalam, Hafiz menyenaraikan 13 perkara utama mengenai isu rumah tangganya bersama Joy. Antaranya, dia sudah berkali-kali meminta surat perakuan cerai dari Joy sebelum berkahwin, namun Joy sentiasa memberikan alasan.
Ketika sesi soal jawab bersama pihak media, Hafiz mengakui sejak dari hari pertama dia tidak pernah tinggal bersama dengan Joy, malah tidak pernah ‘bersama’ dengan Joy kerana meragui status perkahwinan mereka berikutan tiada surat perakuan cerai dengan bekas suami Joy terdahulu.








