'Cuba jangan normalisasikan ibadah itu menakutkan' - Promosi filem Sijjin dikecam ramai, didakwa tidak menjaga sensitiviti agama - The Reporter

‘Cuba jangan normalisasikan ibadah itu menakutkan’ – Promosi filem Sijjin dikecam ramai, didakwa tidak menjaga sensitiviti agama

Sumber gambar: X Zhafvlog

Filem seram Indonesia, Sijjin, yang diarahkan oleh Hadrah Daeng Ratu merupakan filem yang diadaptasi dari filem Turki.

Filem yang dibintangi oleh Anggika Bölsterli, Niken Anjani, dan Ibrahim Risyad telah ditayangkan di pawagam Indonesia pada 9 November 2023.

Dibawa khas oleh Suraya Film & GSC Movies sebagai pengedar, Sijjin pula akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 26 Disember 2023.

Bagaimanapun, promosi yang dijalankan bagi menarik penonton tidak disenangi ramai.

Menerusi satu video tular, dipaparkan sekumpulan wanita memakai telekung putih dilihat membaca sesuatu sambil mengelilingi ‘jenazah’.

Netizen mengecam tindakan promosi tersebut yang dilihat tidak menjaga sensitiviti Islam.

Menurut netizen, telekung yang dipakai menggambarkan kesucian dalam menunaikan solat bukan digunakan sebagai sesuatu yang melanggar hukum agama.

Sumber: Zhafvlog

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!