Pelakon Cik Man dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam tadi akibat masalah kesihatan melibatkan saluran jantung tersumbat.
Perkara itu dimaklumkan oleh usahawan dan pelawak Amir Raja Lawak menerusi hantaran di media sosial, sambil memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat pelakon berkenaan.
Menurut Amir, Cik Man atau nama sebenarnya Kamarool Haji Yusoff kini telah ditidurkan bagi membolehkan beliau berehat selain memberi ruang kepada doktor menjalankan rawatan.
“Keadaan beliau terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini telah ditidurkan untuk beliau rehat serta doktor lakukan rawatan,” katanya.
Baca juga:
- Chef Zam minta hormati ruang Tun M
- ‘Bonda Tun bisik ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya’ – Siti Nurhaliza
- ‘Jangan datang’ bukan doa, Abby Abadi jelaskan maksud hantaran buat anak
Amir turut berharap segala urusan rawatan Cik Man dipermudahkan serta mendoakan agar pelawak itu kembali pulih dan sihat seperti sediakala.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan buat ketika ini, Cik Man tidak dibenarkan menerima kunjungan daripada orang ramai.
Amir berkata sebarang perkembangan terkini mengenai keadaan Cik Man akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Doa segala kebaikan buat Cik Man, insya-Allah,” ujarnya.








