'Chill lah! Pasal wang hadiah pun kecoh satu Malaya' - The Reporter

‘Chill lah! Pasal wang hadiah pun kecoh satu Malaya’

PUTRAJAYA – Susulan tersebar di media sosial program Junior Cycling yang memberikan hadiah ciput beberapa hari lalu, ibu kepada peserta yang terlibat tampil mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 
“Ya, itulah anak kami, Aiman dan Airil. Sepatutnya Airil disarungkan jersey kuning di atas podium. Tetapi disebabkan miscommunication, orang lain pula yang dapat. Namun, masalah itu berjaya diselesaikan oleh pihak urus setia yang sangat memberikan kerjasama.
“Pasal wang hadiah, satu Malaya menjadi kecoh. Bermacam-macam komen yang dilemparkan, banyak negatif dari positifnya. Chill lah, Junior Cycling Malaysia (JCM) ini adalah untuk mencari cyclist cilik sebagai pelapis negara. Ini kerana, persatuan yang sedia nampak seperti kurang memainkan peranannya dan lupa objektif persatuan,” katanya Azizah Yahya.
Menurutnya, program JCM ini lebih kurang sama seperti program pembangunan bola sepak negara. 
“Ala, yang budak-budak junior yang terpilih under Lim Teong, lawan dengan kelab-kelab berprestij dari luar negara. Bila menang semua orang puji bagai nak rak. Siap puji KJ melambung-lambung lagi. Samalah dengan program cycling ini juga. Ini juga adalah idea Khairy,” katanya.
Bagi Azizah, ibu bapa perlu mendidik anak-anak bahawa semangat kesukanan itu lebih penting dari wang ganjaran. 
“Mereka telah banyak menyertai pertandingan dan menang sebelum ini. Mereka hanya mahu berada di atas podium dan itulah kegembiraan yang amat bernilai bagi mereka. Dapat sijil, trofi dan duit itu semua dikira sebagai token. Kita sebagai ibu bapa hanya mahu mereka dipilih masuk dalam program seperti itu kerana kos untuk menghantar mereka berlatih di luar negara adalah tinggi,” jelasnya.
Azizah juga berpandangan, peruntukan sebanyak RM2 juta dengan 7 atau 8 siri JCM dalam negara, adalah peruntukan yang agak kecil.
“Kos logistik dan berapa dan kita bercakap tentang pasukan profesional. Nanti orang sibuk pula bertanya kenapa panggil orang luar semua. Sepatutnya (yang pandai bercakap di media sosial) datang melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan program ini. Pengurusan semasa event itu sangat berbeza berbanding event sebelum ini. 
“Lagipun, ini pertama kali JCM buat program seperti ini. Berlaku beberapa kesilapan semasa program, maafkan sajalah sebab tiada sesiapa yang sempurna. Cuma berharap pihak JCM akan buat lebih penambaikan lagi selepas ini.
“Jadi, majulah sukan untuk anak-anak muda kita semua. Tidak lupa juga tahniah buat Aiman dan Airil. Kami bangga dengan kamu berdua!” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!