Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membuat kenyataan mengenai isu tular melibatkan waktu pendaftaran masuk dan keluar industri perhotelan di Malaysia, namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.
Sebaliknya kata netizen, sepatutnya pihak MOTAC terus membuat tindakan dan keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak.
Namun, disebalik pelbagai spekulasi dan ketidakpuashatian, Melaka International Trade Center (MITC) Hotel, kekal tenang.
Menerusi hantaran video di TikTok, MITC Hotel memaklumkan pihak mereka menyediakan kemudahan daftar masuk dan keluar secara fleksibal, 24 jam.
“Kita siap ada pakej weekday stay 24 jam. Boleh booking kat website, direct call atau walk in. Terus check in 24 jam.
“Hari ni masuk pukul 2, esok check out pukul 2,” katanya.
Difahamkan juga, waktu pendaftaran masuk ke hotel berkenaan pula seawall jam 10 pagi.
Dalam pada itu, ramai yang memuji inisiatif MITC Hotel dan servis perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh pihak pengurusan hotel.