Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tidak dinafikan Malaysia sangat terkenal dengan menu makanan yang sedap dan memikat selera sehinggakan dipuji oleh pelancong luar.
Jika berkunjung ke Pulau Pinang, selain menu nasi kandar, char kuey teow yang merupakan menu istimewa masyarakat cina turut menjadi kegemaran ramai.
Tetapi, didapati apabila pelanggan memesan char kuey teow, ada peniaga menghidangkan kuey teow basah yang dipenuhi dengan kerang dan udang.
Menerusi satu hantaran, char kuey teow merujuk kepada kuey teow goreng. Dalam bahasa Hokkien, char bermaksud goreng.
Namun begitu, katanya versi kuey teow basah sudah diadaptasi oleh peniaga Melayu yang menggunakan perkataan char kuey teow.
Netizen beranggapan isu ini hanyalah perkara biasa dan semua pihak perlu meraikan perbezaan dan kreativiti dalam satu-satu masakan.
Bagaimanapun, ada yang menyatakan perkara ini perlu diperjelaskan memandangkan maksud ‘char’ itu berbeza dengan menu yang dihidangkan di sesetengah tempat.
Sumber: X