Sejak Celcom dan Digi bergabung, seorang pengguna di laman X telah mengadu bahawa talian internet di kawasannya kerap mengalami gangguan.
Pengguna terbabit yang dikenali sebagai Philosaper Nani berkata, “Tumpang tanya. Celcom Digi ini sejak dah diijabkabul ni, memang ada pertelingkahan rumah tangga ke?
“Saya faham korang sejak menikah ni selalu bergaduh. Tetapi kenapa kami, pengguna ini kena tempias korang? Apa benda (kelajuan) internet level Sloth ni ha?
“Cerai sajalah senang.”
Ciapan tersebut telah mengundang para pengguna lain Celcom Digi untuk turut tampil meluahkan rasa yang sama.
Seorang netizen berkata, “Eh betul la. Dulu tak ada hal duduk ceruk mana guna Digi. Sekarang ni kat rumah pun selalu tak ada line. Tengah hari tadi, 4G full line tapi semua slow. Dulu sebelum bergabung, ramai maki. Elok dia respond. Sekarang ni buat tak tahu.”
Netizen lain menambah, “Betul. Celcom Digi memang line problem. Bila call customer services, dia suruh restart phone la apa la. Lepas tu cakap dalam sistem diorang semua okay. Last-last bila kena maki, dia letak phone gitu je.”
Pengguna-pengguna ini berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak Celcom Digi.








