Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja sebuah restoran cedera di tangan akibat ditetak sekumpulan penyamun yang bersenjata parang, awal pagi semalam.
Selepas 15 saat kemudian, ketiga-tiga suspek itu beredar dari tempat kejadian, sebelum dua lelaki yang dipercayai pekerja kedai terbabit segera datang membantu mangsa.
Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Amrit, cuba menahan dirinya daripada ditetak oleh suspek dengan menggunakan tangan dan tindakannya itu menyebabkan tangannya cedera. Gambar juga menunjukkan beberapa kesan tompokan darah mangsa di tempat kejadian.
Mangsa telah dihantar ke pusat perubatan dan menerima sebanyak 35 jahitan. Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa jumlah kerugian dalam kejadian samun itu.
Justeru, Ahmad Azri menasihatkan orang ramai agar berhati-hati kerana kes samun di kawasan Sentul dan Gombak semakin menjadi-jadi.











