CCTV tunjuk kelibat Aliff Aziz, Ruhainies di lobi kondominium? | The Reporter

CCTV tunjuk kelibat Aliff Aziz, Ruhainies di lobi kondominium?

Sumber gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kelibat pasangan pelakon terkenal, Aliff Aziz dan Ruhainies telah dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 25 Februari.

Menerusi gambar yang dikongsikan Harian Metro, Sabtu, kedua-duanya dilihat berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Ruhainies memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa tas tangan, manakala Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon lelaki dan wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat serbuan ke unit kondominium berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

JAWI terpaksa menunggu tiga jam di luar kondominium kerana Aliff enggan membuka pintu. JAWI kemudian menghubungi Bomba untuk meminta bantuan.

Selepas Bomba memaklumkan pihaknya akan memecahkan pintu jika masih tidak dibuka, Aliff akhirnya akur dan pasangan itu dibawa ke pejabat JAWI untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Bella dilaporkan hadir ke pejabat agama pada jam 2.30 pagi dan enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Related Posts