CCTV rakam lelaki cabul kanak-kanak di Masjid Sungai Masin - The Reporter

CCTV rakam lelaki cabul kanak-kanak di Masjid Sungai Masin

CCTV rakam lelaki cabul kanak-kanak di Masjid Sungai Masin ketika solat subuh.
CCTV rakam lelaki cabul kanak-kanak di Masjid Sungai Masin ketika solat subuh.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Cubaan merogol kanak-kanak perempuan dilaporkan berlaku pada awal pagi tadi di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh.

Kejadian ini mula tular di media sosial selepas pengguna Facebook, Azmin Saberi, meminta orang ramai menyebarkan video dan gambar suspek bagi mempercepatkan usaha penangkapan. Wajah suspek jelas kelihatan dalam rakaman itu, memudahkan pihak polis dalam proses pengecaman dan pencarian.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kopiah putih, baju T kuning berbelang hitam dengan logo ‘1&1’ di bahagian hadapan, serta berseluar hitam.

Suspek memasuki ruang solat wanita dan menghampiri mangsa yang bersendirian di saf kedua. Dia kemudian melondehkan seluar mangsa sebelum menekup mulut dan membawanya keluar dari ruang tersebut.

Rakaman CCTV di sudut lain pula menunjukkan suspek mencabul mangsa yang kelihatan takut. Selepas beberapa ketika, suspek beredar, meninggalkan mangsa yang menangis.

Di media sosial, netizen meluahkan kemarahan terhadap perbuatan tidak bermoral itu dan menuntut tindakan segera, sambil menasihati ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak.

Kejadian mencetuskan kebimbangan ramai mengenai keselamatan di kawasan masjid yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan memberi perhatian kepada keselamatan kanak-kanak di persekitaran mereka.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!