Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ditahan polis selepas didapati menyelinap keluar dari asrama, beberapa jam sebelum kebakaran yang menyebabkan 24 penghuninya maut, lapor Harian Metro.
Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelah dengan pusat tahfiz berkenaan.
Kelibat lelaki itu dirakam yang berpakaian t-shirt berwarna biru itu dirakam sekitar jam 3.10 pagi yang masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui perkarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.









