Caprice dedah group FB muat naik gambar pelajar dengan komen tak senonoh | The Reporter

Caprice dedah group FB muat naik gambar pelajar dengan komen tak senonoh

Group Budak2 Sekolah Rendah sudah mempunyai 13,000 ahli
Caprice memberi amaran kepada admin group berkenaan untuk menyerah diri kepada polis

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Personaliti media sosial, Caprice mendedahkan satu kumpulan di Facebook yang dinamakan sebagai Group Budak-Budak Sekolah Rendah didakwa memuatnaik gambar – gambar pelajar-pelajar sekolah dengan komen-komen berbaur lucah.

Group berkenaan yang dipaparkan secara umum itu kini sudah mempunyai 13,000 pengikut.

Lebih memeranjatkan apabila dikatakan ada ahli-ahli kumpulan berkenaan dikenalpasti sudah pun berusia. Sehubungan dengan itu juga, Caprice meminta pengendali group berkenaan untuk menyerah diri kepada pihak polis.

“Admin serah diri dekat balai dalam masa 48 jam. Cap tak expose muka-muka ahli dalam group tu termasuk muka admin. Ingat kita tak boleh trace ke,” katanya.

Dalam hantaran di Instagram, Caprice turut memaklumkan telah membuat laporan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi Massa (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Isu ini telah menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana penyalahgunaan gambar kanak-kanak dan penggunaan nama kumpulan yang mengelirukan serta kandungan yang tidak wajar.

Dalam pada itu, pempengaruh Mek Yun juga mendakwa gambarnya semasa sekolah turut dimuatnaik ke dalam group berkenaan.

“Mekyun mohon korang semua share video ni dan report group “Budak2 Sek Rendah” ni dekat Facebook. Kita musnahkan group ni. Jangan bagi peluang langsung dekat diorang untuk buat apa yang diorang nak. Sebab benda ni tak patut jadi normal.

“Siapa lagi nak lindung budak-budak tu semua dan anak-anak kita kalau bukan kita sendiri?” katanya.

Related Posts