'Cantik! Boleh tukar layout, lagu setiap hari' - Friendster dilaporkan bakal kembali - The Reporter

‘Cantik! Boleh tukar layout, lagu setiap hari’ – Friendster dilaporkan bakal kembali

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Friendster, platform media sosial yang pernah mendominasi awal tahun 2000-an, kini dijangka akan bangkit semula. Laman web Friendster, yang kini dapat diakses semula, menampilkan tampilan baru yang lebih segar dan moden.

Friendster tampaknya berusaha untuk menghidupkan semula pesona era jejaring sosial awal dengan sentuhan kontemporer.

Jonathan Abrams merupakan pengasas Friendster, salah satu laman jejaring sosial pertama, pada tahun 2002. Pada puncak popularitinya, Friendster memiliki berpuluh-puluh juta pengguna berdaftar dan bahkan mendapat tawaran pembelian dari Google sebanyak $30 juta pada tahun 2003.

Namun, populariti Friendster mula merosot pada tahun 2006, terutamanya di Amerika Syarikat. Kebanyakan penggunanya berasal dari Asia Tenggara. Pada tahun 2009, Friendster dibeli oleh MOL Global, salah satu syarikat internet di Asia, dengan harga $26.4 juta.

Pada tahun 2011, Friendster berubah menjadi platform permainan sosial, dengan fokus utama beralih dari bersosialisasi menjadi hiburan. Walaupun akaun pengguna sebelumnya tetap tidak berubah, maklumat pengguna seperti foto telah dipadam. Friendster memberikan masa kepada penggunanya untuk memuat turun semua gambar mereka sebelum dipadam sepenuhnya.

Perkhidmatan dan laman web Friendster ditutup sepenuhnya pada tahun 2015. Sejak dari itu, Friendster tidak dapat diakses lagi.

Kini, dengan kebangkitan Friendster, kita dapat melihat sama ada platform ini dapat menemukan tempatnya kembali dalam dunia media sosial yang semakin kompetitif.

Dengan slogan “Bringing it Back to the People”, Friendster tampaknya berusaha untuk kembali sebagai platform yang membolehkan pengguna untuk terus berhubung dengan rakan dan kenalan lama.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!