![]() |
Foto hiasan | Food Panda |
Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) mendakwa terdapat peniaga di bazar Ramadan yang menjual makanan berasaskan ayam dengan harga dua kali ganda berbanding tahun llau.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya terdahulu menerima aduan dari pengguna lalu menjalankan pemantauan baru-baru ini dan mengesan harga ayam percik dan ayam golek meningkat secara mendadak iaitu hampir mencecah RM25 seekor dari harga sebelumnya sekitar RM9 hingga RM15 seekor.
“Apabila ditanya, peniaga memaklumkan kenaikan harga makanan di bazar Ramadan disebabkan peningkatan harga barang mentah dan kos pengangkutan.
“Peniaga juga mendakwa mereka tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan terkesan dengan kenaikan kos lain seperti kos buruh yang turut naik.
“Tahun lepas, pekerja boleh lagi dibayar sekitar RM15 hingga RM20 sehari. Namun kini upah RM30 sehari pun orang tidak mahu kerja,” katanya.
Selain kos buruh, kos sewaan tapak juga meningkat menyebabkan peniaga tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga makanan bagi mendapatkan semula pulangan modal dan keuntungan.
Sumber: Sinar Harian