'Bunga ini untuk Diana' - Farid Kamil tiba di mahkamah, bawa sejambak bunga untuk pujuk isterinya, Diana Danielle - The Reporter

‘Bunga ini untuk Diana’ – Farid Kamil tiba di mahkamah, bawa sejambak bunga untuk pujuk isterinya, Diana Danielle

Pagi Selasa, pelakon Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Diana Danielle. 

10 Mac lalu, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di mahkamah berkenaan atas alasan tiada lagi persefahaman, perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. 

Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. 

Kehadiran Farid di mahkamah pada jam 9 pagi hari ini turut membawa sejambak bunga merah untuk memujuk isterinya. 

“Salam Ramadan. Bunga ini untuk Diana (sebagai) tanda pendamaian pertama,” katanya sambil senyum ketika ditemui wartawan sebelu mmemasuki mahkamah. 

Baru-baru ini, Farid melalui hantaran di Instagram juga meluahkan betapa rindunya dia pada isteri dan anak-anak setelah sekian lama tidak berjumpa. 

Jika mengikut laporan media, Farid telah dihalang oleh Diana untuk memasuki rumah mereka sejak awal bulan Mac atas sebab-sebab tertentu. Peguam mewakili Diana pula menjelaskan anak guamnya berhak berbuat demikian kerana Diana yang membayar sewa. 

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!