'Bulan puasa ni Aliff, agak-agak la.. takde rasa hormat ke?!' - Netizen kecam MV Raya Aliff Syukri - The Reporter

‘Bulan puasa ni Aliff, agak-agak la.. takde rasa hormat ke?!’ – Netizen kecam MV Raya Aliff Syukri

Ahli perniagaan, Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencetuskan rasa kurang netizen dengan video muzik lagu raya terbarunya yang dimuat naik di Instagramnya malam tadi. 

Penyanyi nombor satu negara (self proclaimed) itu berkata, video muzik penuh lagu itu akan dikeluarkan tidak lama lagi untuk tatapan peminatnya. 

Namun, kebanyakan netizen mula membanjiri ruangan komen mengkritik video tersebut yang dilihat tidak menghormati bulan Ramadan. Malah ada yang menganggap Aliff sekali lagi cuba mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya. 

“Sengaja je dia provoke buat baju raya macam tu (untuk mengundang) orang kecam dan dia dapat attention. Orang akan sebut, ini semua marketing. Kemudian keluarlah video dia menangis dan minta maaf,” kata Amaluddin Amran. 

“Astaghfirullah al-Azim. Bang, saya rasa pakaian yang Dato’ pakai ni tak sesuai untuk bulan puasa ini. Mungkin Dato’ boleh delete dan buat video yang sama tetapi pakaian yang tidak ketat dan menjolok mata kerana pakaian Dato’ tidak sesuai untuk tunjuk kepada orang ramai, lagi-lagi bulan yang mulia ini,” kata Batu Permata. 

“Jangan rosakkan kegembiraan hari raya dengan content tak seberapa macam ni. Rakyat Malaysia ni baru je nak bernafas elok daripada Covid. Anak-anak cucu kita nanti akan tengok gelagat dan jadi ikutan yang kurang menyenangkan biji mata,” kata Bell Deto. 

Namun seperti biasa, Aliff menjawab semua kritikan dan kecaman itu dengan ayat, “Awak, apa salah saya awak?”. 

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!