Lain ibu bapa, lainlah cara mereka mendidik anak masing-masing. Tidak dinafikan masih ada ibu bapa yang bersikap tegas biarpun anak-anak sudah menginjak ke usia matang atau dewasa. Hendak keluar malam ditanya keluar dengan siapa seperti disoal siasat polis. Pulang jam berapa apa bagai dan ada ibu bapa jenis yang setia menunggu kepulangannya anaknya di depan rumah.
Mungkin ada yang rasa terkongkong dengan sikap ibu bapa seperti itu. Tetapi anda sebenarnya bertuah kerana masih diberi perhatian oleh ibu bapa sendiri berbanding yang tidak pernah merasa nikmat punyai ibu dan bapa.
Adakalanya perkara ini juga menyebabkan segelintir dari rakan-rakan menyindir anak seperti ini adalah anak manja, tak sporting dan bermacam-macam lagi hanya kerana tidak mahu mengikut rakan-rakannya keluar bersama. Jauh di sudut hatinya teringin, tetapi terpaksa dilupakan kerana tidak mahu menimbulkan rasa bimbang ibu bapa.
KEPADA kawan-kawan saya yang mengajak saya lepak dan sebagainya, maaf bukan tidak sudi mahupun bukan lupa kawan tetapi hidup kita berbeza. Cara keluarga kita membesarkan kita berbeza.
Ada ibu bapa tidak kisah anak mereka balik lewat malam, ada ibu bapa tak suka walaupun anak dah dewasa. Maaf sekali lagi.
Pernah banyak kali saya balik rumah lewat malam sampai mak saya menunggu saya sampai. Berat hati nak masuk rumah. Biasanya dia tidur awal. Saya bukan apa, kasihan pada mak je. Dia jenis tidur awal. Itu pun saya tipu sikit pasal nak keluar.
Adakalanya saya sibuk bekerja, segala apa tanggapan kamu terhadap saya, saya menerimanya dengan hati terbuka. Sekali lagi maaf, bukan sombong, bukan lupa pada kawan.
Kita kawan memang ramai tetapi kawan yang benar-benar memahami kita tidak ramai. Serius tidak ramai. Bercakap tentang berkawan ini, serius susah bagi saya. Saya jenis berkawan dengan semua orang. Tak nak pilih kasih. Selagi orang itu okey, saya okey, kita chill. Saya ada hak dan awak pun ada hak.
Seperkara lagi. Bila berjumpa dengan kawan yang sudah lama tak berjumpa ini serius tak tahu nak borak apa. Yelah, biasanya jumpa kawan kan banyak throwback tentang apa yang terjadi sebelum ini lebih-lebih lagi yang tinggal di asrama. Hahaha! Jumpa member is everything about throwback. Serius rindu weh!
Sebab itu orang kata, bila dah habis belajar, rindu nak jadi student lagi. Bila jadi student, nak cepat-cepat habis belajar. Wrong turns ;ah. Jadi, yang tak banyak buat something yang nakal atau memori masa sekolah menengah itu, serius rugi. Huhuhu.
Sayangi kawan korang dan kalau kawan awak ada cakap sesuatu yang tak okey tentang awak, please jangan hard feeling sangat. Just don’t. Let them breath. Diorang okey saja sebenarnya. Tetapi ada certain time tu tak boleh nak ‘go’ sangat. Just chill, diorang tetap kawan kita.
Harap tweet ini boleh buat kawan-kawan korang buka mata, boleh faham korang semua. Moga Allah menjaga hubungan kita.
Sumber: Faiz Zuhairon