Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Nas Ahmad, wartawan hiburan terkenal baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia menghidap penyakit jantung. Ramai yang mendoakan kesihatan beliau termasuk selebriti dan juga peminat-peminatnya.
Menerusi satu hantaran terbaharu di Facebook, dia kongsikan perasaan terharu apabila diangkat sebagai Ikon Melodi.
Dalam hantaran tersebut juga, dia berkongsikan kronologi bagaimana dia mula terjebak di dalam bidang ini. Katanya, bermula dari minat yang mendalam dengan rancangan Melodi, dia mula diterima masuk ke program berkenaan.
“Kekuatan Melodi masa tu host nya Ogy Ahmad Daud. Dia Ikon Melodi. Semua lebih tengok Melodi sebab nak tengok keletah dia selamba hayun Melodi tiap minggu. Aku pun tengok.
Mana la aku tau suatu hari nanti aku akan kerja TV3? Masa tu aku wartawan URTV. Ramai kata minat pada gaya tulisan dan liputan aku kat majalah tu.
“Rupanya sebab tu la juga Pengurus Hiburan TV3 Nik Ramzi Nik Hassan terima aku join kerja TV3 dan….join team Melodi!! Betul la bila kita dapat kerja kat bidang yang memang kita minat, jadinya bukan kerja cuma sebab nak gaji, tapi kerja dengan hati,” katanya.
Bermula slot terjah
Kongsinya lagi ketika pihak produksi mahu menaikkan kembali rancangan berkenaan, ketika itulah bermula slot terjah yang menampilkan kisah-kisah panas.
“Masa dah 10 tahun kerja TV3 dan dah berjawatan Penerbit (produser) Melodi, aku tukar tarikan utama Melodi dari host nya kepada contentnya pulak. Maka bermulalah Melodi tu tampil jadi yang sensasi, yang panas, yang terjah!, digoreng sekali dengan paparan sekitar liputan biasa-biasa juga.
“Aku control kasi sensasi tapi tetap dalam etika kewartawanan dan penyiaran, bukan yang main sedap harong aja kononnya sebab penonton nak. Dengan kesensasian dan kepanasan ni maka kebaboom la Melodi sekaii lagi,” katanya.
Katanya lagi, dia seronok bila melihat ramai yang menjadikan sesi terjah itu sebagai ikutan dalam media sosial.
“Aku tengok kat tiktok kat medsos lain ada yang buat dia terjah pendatang asing berleluasa, ada jabatan yg buat terjah kegiatan sorok/tipu bahan kawalan.
KPDN punya TT aku suka, best,” tulisnya.
Sumber: Nas Ahmad








