Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah | The Reporter

Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah

Wanita dakwa suami ditembak polis rupanya kekasih suspek dan mempunyai 10 rekod jenayah.
Polis sahkan wanita tular bukan isteri sah, sebaliknya kekasih suspek dengan 10 rekod jenayah sejak 2012.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis Melaka mengesahkan wanita yang mendakwa lelaki ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal baru-baru ini bukan isteri sah, sebaliknya hanyalah kekasih suspek.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, wanita berusia 31 tahun itu tinggal bersama suspek sejak tiga tahun lalu walaupun lelaki berkenaan mempunyai isteri sah di Johor.

“Wanita itu tidak bekerja dan hanya teman wanita kepada suspek yang terbabit dalam insiden tembak-menembak itu,” katanya.

Baca juga:

Ada 10 rekod jenayah termasuk samun dan cubaan bunuh

Hasil siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan mempunyai 10 rekod jenayah sejak 2012 termasuk kes curi kenderaan, samun dan cubaan bunuh. Malah, dia pernah ditahan pada Julai lalu di Jasin berkaitan kes samun.

Menurut Dzulkhairi, bapa wanita itu juga bukan orang biasa, dia memiliki 24 rekod jenayah lampau dan masih diburu polis atas kes curi kenderaan serta curi dalam bangunan.

“Beberapa kes melibatkan bapanya telah pun dijatuhi hukuman,” katanya.

Tular dakwaan palsu di media sosial

Sebelum ini, wanita terbabit tular selepas mendakwa kononnya suaminya ditembak tanpa sebab oleh polis. Namun pendedahan polis menafikan dakwaan itu dan mengesahkan latar belakang sebenar wanita berkenaan yang sarat dengan rekod jenayah.

Dalam kejadian pada 3 Disember lalu, tiga suspek lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas menyerang anggota polis dengan parang di ladang kelapa sawit Durian Tunggal. Mereka disyaki terbabit dalam 20 kes jenayah di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan kerugian dianggarkan RM1.35 juta.

Sumber: Berita Harian

Related Posts