Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bahasa Melayu terkenal dengan susunan dan perkataan yang indah dan lagi memikat hati. Walaupun sudah dipengaruhi dengan pelbagai campuran bahasa lain, namun Bahasa Melayu tetap mempunyai keunikan tersendiri.
Dewan Bahasa dan Pustaka seringkali menjadi rujukan semua pihak bagi mengenalpasti kesahihah ayat dan perkataan yang digunakan.
Namun, mungkin ramai yang terlepas pandang dengan perkataan yang digunakan oleh syarikat perabot terkenal iaitu IKEA yang menterjemahkan setiap perkakas dan perabot di dalam gedung mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu yang tepat.
Menerusi perkongsian individu ini, perkataan cotton candy apabila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, kita tafsirkan sebagai gula kapas. Perkataan gula kapas sejak dari dulu lagi bermain di fikiran kita.
Tetapi, apa yang diterjemahkan oleh pihak Ikea bukannya gula kapas tetapi Alusmitai. Nampak janggal bukan?
Bukan itu sahaja, perkataan carpet seringkali difikirkan adalah permaidani tetapi sebaliknya juga disebut sebagai ambal.
Usaha yang dibuat oleh gedung berkenaan mendapat perhatian ramai dan memuji syarikat berkenaan yang memartabatkan Bahasa Melayu dengan sebaiknya.








