Budak 6 Tahun Dicabul Dalam Kereta Putih

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun disyaki dicabul dalam kereta di satu semak di kawasan Majidee, Ahad lalu, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa disuruh oleh ibunya membeli barang di kedai berhampiran. 
Bagaimanapun, mangsa yang dalam perjalanan ke kedai menunggang basikal, telah ditahan oleh suspek lalu dibawa masuk ke dalam kereta berwarna putih. Suspek kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak dan mencabulnya. 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, polis kini sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 
“Polis sedang mengesan lelaki terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mendapati ada individu berkelakuan mencurigakan, sila hubungi balai polis berhampiran atau terus berhubung ke Ibu Pejabat JBS di talian hotline 07-2218999,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!