Budak 10 tahun maut, gara-gara pemandu lori tangki langgar lampu isyarat merah

Sumber gambar : Ahmad Ismail (Harian Metro), Isu Semasa Official

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 138.3, Jalan Johor Bahru-Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan itu membabtikan sebuah lori tangki dipandu lelaki berusia 62 tahun dengan sebuah bas henti-henti pada jam 7.30 pagi.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang dipercayai tidak mematuhi isyarat lampu merah.

“Pemandu lori datang dari arah Segama menghala ke Johor Bahru. Tiba di lokasi kejadian, pemandu lori dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah mengakibatkan pelanggaran dengan sebuah bas yang menghala keluar dari simpang empat.

“Penumpang bas yang juga kanak-kanak lelaki, Iswaran Muniandi, 10, maut akibat kecederaan di bahagian kepala,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro.

Dalam kejadian itu, pemandu lori tersebut juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Segamat.

Pemandu bas berusia 59 tahun juga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, dirawat di hospital yang sama, bersama dengan dua penumpang wanita berusia 23 dan 49 tahun patah kaki, di mana salah seorangnya adalah ibu kepada Iswaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!