Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Choii dedenda oleh Mahkamah Majistret sebanyak RM3,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara gopoh dengan melakukan aksi seretan tayar (drfit).
Pempengaruh berkenaan juga akan berdepan dengan hukuman penjara selama sebulan jika gagal membayar denda.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, 3.45 pagi, 28 September lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran. Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dengan kesilapan dilakukan.
Terdahulu, Choi atau nama sebenarnya Muhammad Faris Azri Md Hanif direman dua hari selepas ditahan dalam satu Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas.
Pempengaruh yang mempunyai 1.5 juta pengikut di platform TikTok itu ditahan semasa melakukan aksi ‘drift’ dengan memandu kereta jenis Mazda Roadster.
Sumber: Harian Metro