![]() |
Gambar Hiasan | Google Images |
JOHOR BAHRU – Sebuah bot nelayan yang membawa 12 warga tempatan termasuk 10 orang kaki pancing yang keluar sejak Selesa lalu dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Aur, Mersing, lapor Bernama.
Sebahagian mereka dikenali sebagai Roslan Husin, 34, (tekong); pemancing – Mohd Firdaus Jalil, Mansor Ibrahim, 63, Syaril Mohamad, 33, Muhamad Arham Salim, 24, Emran Firdaus Mohd Said, 30, Abd Rashid Saian, 44, Mohd Zaini Mohd Dekan, 50, dan Tan Seng Foo, 55, serta tiga lagi yang masih belum diketahui identiti.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata, laporan kehilangan mereka telah dibuat oleh isteri Roslan pada jam 6.30 petang semalam selepas gagal menghubungi suaminya yang sepatutnya pulang dua hari lalu.
“Laporan polis dibuat oleh isteri Roslan kerana sedar keadaan laut bergelora dan bimbang akan keselamatan suami serta mereka yang lain.
“Setakat ini, lima laporan polis telah dibuat oleh waris pemancing di Balai Polis Kuala Sedili, Kota Tinggi.
Selepas menerima laporan itu, polis telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 7.30 pagi hari ini. – PIXEL MEDIA