Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sebuah hantaran di Facebook group Photographer/Videographer Malaysia telah mencetuskan kontroversi apabila seorang individu tidak bernama mencadangkan untuk mengupah seorang jurugambar dengan bayaran RM100 sehari untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung pada 24 Februari depan.
“Kalau kamera pengantin sendiri yang sediakan, boleh ke upah photographer untuk tolong tekan kamera saja? Bajet RM100 sehari (upah). Pekerja Bangladesh kerja penat pun gaji RM80 je sehari. Upah photographer tolong tekan-tekan saja. Nak upah family, semua sibuk layan tetamu.
“DSLR yang disediakan, Nikon 3100. Flash brand Yongnuo. Lens Nikon 18-55mm.
“Majlis akan diadakan pada 24 Februari 2024, jam 8 pagi hingga 6.30 petang. Sila tinggalkan link contoh gambar atau tag photographer yang pandai tangkap gambar cantik”.

Namun, ramai netizen yang mengecam individu berkenaan yang didakwa memperlekeh jurugambar, sedangkan golongan ini mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang tersebut.
Seorang netizen menegur, individu itu mungkin tidak memahami nilai sebenar perkhidmatan jurugambar profesional. Bayaran sebenarnya adalah untuk pengalaman dan kemahiran jurugambar, bukan bayaran untuk jenis kamera yang digunakan.
“Saya tak tahu awak being real atau sarcastic. Kalau awak being real, sorry to say, awak tak ada common sense. Awak nak service dari seorang photographer profesional dan awak bayar RM100 je, boleh fikir sendiri rasanya berbaloi atau tidak.
“Orang bayar experience atau skill, bukan kamera punya harga. Kalau bajet RM100, dapatlah skill harga RM100.” kata netizen.
Netizen lain mencadangkan agar individu tersebut mencari bantuan dari kawan-kawan atau jiran-jiran, atau memberi tugas tersebut kepada anak buah, jika tugasnya hanya menekan butang kamera.