“Boleh Ke Herba Ganti Antasid?” - Ini Ulas Pakar Tentang Keberkesanan Herba | The Reporter

“Boleh Ke Herba Ganti Antasid?” – Ini Ulas Pakar Tentang Keberkesanan Herba

Masalah sakit perut

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Adik, tolong urutkan badan ayah kejap, banyak angin lah…”

Kami yakin kebanyakan antara kita mesti pernah mengalami situasi macam ni dekat rumah betul tak? Masalah sakit perut, loya dan  perut kembung ni sememangnya dah jadi “normal” untuk kita rakyat Malaysia. 

Bukan apa, dengan makan tak menentu, makan pula makanan yang berminyak, campur lagi dengan stres kerja, haa memang trigger lah sistem pencernaan kita, sampai kena ambil antasid. 

Tapi, korang tahu tak yang antasid ni sebenarnya ikut orang, ada yang perlu ambil selalu, ada yang tak serasi langsung dengan badan, dan ada yang akan risau tentang kesan jangka panjang.

Jadi, apa alternatif lain selain antasid untuk melegakan masalah-masalah ini? 

Pakar Bersetuju Herba Semula Jadi Terbukti Berkesan Melegakan Masalah Perut

Tahu tak, selain daripada antasid, korang yang ada masalah perut sebenarnya boleh guna rawatan alternatif daripada herba semula jadi tau. Mesti korang macam, eh, ada lagi ke kepercayaan tradisional nak guna herba-herba ni…

Kalau korang nak tahu, pakar pemakanan dan pengamal herba moden sepakat bersetuju yang terdapat beberapa ramuan herba semula jadi sememangnya terbukti dapat membantu melegakan masalah perut berdasarkan sudut kajian sains. 

Antara ramuan herba yang dapat membantu beri kelegaan pada masalah perut adalah seperti: 

1. Halia

Kajian menunjukkan bahawa halia dapat membantu dalam meningkatkan penghadaman, mengurangkan loya dan kembung, serta beri kesan anti-radang yang menyokong kesihatan usus. 

2. Daun Pudina

Daun pudina cukup terkenal dengan meredakan kekejangan otot dalam saluran penghadaman serta menawarkan rasa dingin pada perut yang tak selesa.

3. Bunga Cengkih

Menurut kajian, bunga cengkih ni kaya dengan antioksidan dan dapat membantu untuk melawan bakteria bahaya dalam perut, serta dapat mengurangkan rasa loya dan menyokong imunisasi badan tau. 

Jadi, ini antara 3 herba yang terbukti dapat membantu dalam memberikan kelegaan pada masalah perut. Tapi, persoalannya, adakah kita perlu rendam dan minum herba-herba ni? Atau rebus dan hidu saja? Macam mana nak manfaatkan herba-herba ni?

Jangan risau, kalau korang memang tengah cari solusi yang mesra tubuh dan sesuai untuk pengambilan harian, korang boleh cuba menggunakan Tolak Angin, suplemen herba berasaskan sains dan bukan sekadar tradisi semata. 

Untuk pengetahuan, Tolak Angin bukan sebarang suplemen tau, ia dirumus khas dengan bahan-bahan seperti halia, madu, cengkih dan daun pudina. 

Ia hadir dalam bentuk sachet kecil, lebih praktikal dan lebih mudah untuk dibawa ke mana saja, tanpa perlu bancuh atau telan pil tau. 

Paling penting, ianya disahkan HALAL dan sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga tak kira usia. 

Selain itu, Tolak Angin ini bukan setakat dapat membantu untuk melegakan sakit perut, loya dan perut kembung, tapi ia juga dapat menyokong imunisasi badan serta melegakan simptom ringan seperti selesema. 

Sekadar info, tahu tak produk herba ini telah lama digunakan secara meluas di rantau Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada rutin kesihatan harian. 

Memandangkan sekarang ni rakyat Malaysia pun dah mula membuka mata terhadap pilihan rawatan gastro yang lebih ringan dan lembut, berasaskan bahan semula jadi dan terbukti secara saintifik, Tolak Angin adalah pilihan suplemen yang tepat. 

Kata kunci dekat sini adalah rawatan alternatif. Jadi, Tolak Angin mungkin bukanlah “ubat ajaib”, tapi ia adalah rawatan alternatif yang realistik, terbukti dan semakin relevan. 

Kadang-kadang kita lupa yang jalan penyelesaian untuk kesihatan ni tak semestinya datang dalam bentuk ubat moden. Yang penting, kita faham tubuh badan kita sendiri dan cari solusi yang serasi dan selamat untuk jangka masa panjang. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Tolak Angin? Ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Related Posts