‘Boleh hilang dahaga sampai akhirat ke?’ – Walaupun harga sebotol mineral RM417K, tetap ada yang nak beli

Kebiasaannya air mineral biasa boleh
didapati dengan harga RM2.00 hingga RM3.00.  Air mineral yang berjenama seperti Evian sudah
dianggap sebagai minuman mewah bagi orang yang berada. Tetapi harga bagi
sebotol air Evian masih dianggap murah kerana ada beberapa jenama air mineral
lain yang harganya mencecah ribuan ringgit sebotol.

Walaupun dijual dengan harga yang mahal, masih ada yang sanggup membelinya disebabkan kandungan air tersebut dikatakan memberi kesan yang baik untuk kesihatan.

Bukan sebarangan botol yang direka,
botol-botol ini dihasilkan dengan bertakhtakan emas, kristal-kristal Swarovski
dan kaca extra flint.


BEVERLY HILSS 9OH20 LUXY COLLECTION DIAMOND EDITION (RM417,000)

Beverly Hills dikenali sebagai champangne
versi air. Botol Edisi Mewah Diamond Edition direka tukang emas Mario Padilla.
Penutup emas putih bertatahkan emas 14 karat (250 berlian hitam dan 600G/VS
berlian putih).

Hanya sembilan botol air ini yang pernah
dihasilkan dan kalau kita beli seunit, kita akan dapat bekalan setahun Beverly
Hills 9OH2O Lifestyle Collection. Rasa air ini amat menakjubkan kerana ia
berasal dari Pegunungan Sierra Nevada dan dipenuhi dengan mineral, kalium,
kalsium dan mineral.


ACQUA DI CRISTALLO TRIBUTO A MODIGLIANI (RM250,000)

Kalau minum air ini, kita akan dapat rasa air dan emas. Botol itu adalah hasil buatan tangan yang diperbuat daripada emas 24
karat dan 5 mg debu emas 23 karat. Hasil karya seni artis Itali, Amedeo
Clemente Modigliani.

Dalam botol 1.25 ml ini adalah kombinasi air
glasier dari Iceland dan perairan semulajadi dari Perancis serta Kepulauan Fiji.
Botolnya memang cantik dan unik sekali. Ia juga boleh dijadikan sebagai barang perhiasan ruman atau pejabat. Rasanya juga sudah semestinya sedap dan segar apabila diminum.


BLING H2O’S THE TEN THOUSAND (RM11,300)

Air Bling H2O Ini letak nama dia, The Ten
Thousand sebab botol Itu dihiasi dengan 10,000 butir kristal Swarovski. Kalau korang minum air dari botol ini,
confirm korang akan dapat perhatian orang ramai macam ala-ala vibes rich kids
gitchuuuu!


KONA NIGARI (RM1,676)

Diperoleh 2,000 kaki di bawah permukaan
Lautan Pasifik di Hawaii. Air laut dalam sulingan dari Kona Nigiri Ini, dapat memberi banyak faedah kesihatan kepada penggunanya sebab sifat-sifat istimewa yang
terkandung dalam air itu.

Botolnya kelihatan tak sesuai untuk
dijual harga premium secara eksklusif di Jepun. Tetapi kebersihan dan manfaat
kesihatannya itu yang membuatkan orang ramai berminat dengan Kona Nigari ni.
Dan disyorkan oleh beberapa ahli dermatologi dan jurulatih kecergasan yang
paling terkenal.


FILICO (RM1,000)

Botol ini juga dihias dengan kristal
Swarovski. Filico ini air mineral semulajadi yang berkualiti tinggi dari Kobe,
Jepun. Botol air Filico ni direka menarik dan Diraja untuk dibuat sebagai
hadiah orang tersayang sebab botolnya melambangkan kebersihan dan kesucian.


SVALBAROI (RM354)

Untuk menghasilkan salah satu air paling
murni ini, ekspedisi Artik ke Svalbard di Eropah telah dilakukan. Svalbarði
juga mengiktiraf yang air dia ini kena dibungkus dalam botol premium yang sangat
layak untuk kualitinya. Botol ini diperbuat daripada kaca
“extra-flint”. Penutup kayu pula direka supaya menyerupai kemiripan
kayu hanyut arktik.


ILULIAQ (RM210)

Iluliaq berasal dari glasier Sermeq
Kujalleq, Greenland. Aisberg itu dibawa ke atas bot oleh pekerja tempatan
sebelum dibawa ke tong dan dibiarkan cair secara semulajadi. Pengeluaran
Iluliaq terhad sebab bergantung kepada faktor persekitaran dan elemen semula
jadi.

Setiap pembelian Iluliaq akan buatkan kita
rasa istimewa dan syarikat ni tak simpan stok tempoh yang lama untuk pastikan
setiap botol yang disampaikan itu segar. Sebagai jaminan ini betul dibuat, setiap
botol akan ada tarikh dan nama pelanggan diletakkan pada label.

Sumber: Protonlala

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!