Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kebelakangan ini dilihat isu gangguan seksual semakin mendapat perhatian apatah lagi apabila melibatkan remaja dan kanak-kanak.
Melihat kepada situasi ini juga, golongan lelaki (pelaku) kebiasaannya sering dituduh dan dikecam oleh netizen dalam pelbagai rupa.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian ini, wanita ini mengatakan kadang kala wanita sendiri tidak menyedari mereka juga melakukan gangguan seksual melalui media sosial. Tanpa mengira status diri mereka, segelintir mereka meninggalkan komen tanpa berfikir.
Merujuk kepada satu video yang dikongsikan oleh wanita ini, kelihatan beberapa orang wanita meninggalkan komen memuji paras rupa seorang anggota polis yang sedang bertugas selain menyeru nama anggota polis itu supaya muncul di komen mereka.


“Maaf I cakap perempuan cuma benci penyondol bila suami atau boyfriend mereka disondol. Tapi mereka diberi peluang menyundal, menyondol dan melakukan gangguan seksual pada suami atau boyfriend orang, mereka menyorok di sebalik ‘gurau je’.
“Kenapa penting kita kena tahu male sexual harrasment?
“Apabila kejadian ini berlaku pada lelaki, mereka seperti tak digalakkan untuk bersuara kerana masyarakat sekarang telah ditanam fikiran mereka bahawa lelaki hanya mahukan seks (tertumpu pada seks) daripada wanita dan mereka bukan lelaki sebenar jika tidak mahukannya.
“Kalau cantik dan elok itu adalah orang punya, walaupun tuan badan mendiamkan diri,” katanya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita ini dan melihat wanita sekarang seolah tidak mempunyai perasaan malu.









