Pempengaruh Syamimia dalam satu rakaman secara langsung di TikTok meluahkan rasa kecewa dengan tindakan netizen yang terus mengecamnya.
Dalam video tersebut, Syamimia kelihatan sangat bersedih dengan komen negatif yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.
“Bila orang lain pernah berjudi, korang tutup sebelah mata sebab dia post pasal Palestin.
“Bila orang tu pernah minum arak, korang pun tutup sebelah mata sebab dia pun post pasal Palestin.
“Bila saya kongsikan tentang kebersihan rumah, kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak didik anak tapi satu sahaja silap saya, tak post pasal Palestin. Tak ada pula korang nak war-warkan benda elok.
“Adakah saya berjudi, adakah saya minum arak?” soalnya.
Terdahulu, pempengaruh yang dikenali ramai itu dikecam kerana hanya berdiam diri tanpa menyatakan solidariti kepada Palestin. Bagaimanapun, dia telah membuat permohonan maaaf secara terbuka. Selepas permohonan maaf dibuat, jumlah pengikutnya mula menurun.
Sumber: TikTok








