Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu Sheila Majid mengeluh mengenai kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara, ramai rakan-rakan artis tampil mempertahankannya dan kesal dengan sikap sesetengah pihak berkenaan yang menafikan hak golongan artis bersuara.
- Artis itu akan dilabel pro-pembangkang
- ‘Bukan bidang kau, so jangan nak pandai-pandai’
- Dah sendu, so nak cari publisiti murahan
“Tidak pernah lagi ada artis yang membantai kerajaan setahu saya. Mereka hanya menyuarakan pandangan dan apa yang boleh dibuat adalah cari dan cuba selesaikan persoalan diberikan mereka, itu saja.
“Tetapi datang kecaman dari pejuang siber politik yang menidakkan hak mereka untuk bersuara. Ini adalah cara menangani isu dengan level mentaliti rendah. Saya benar-benar kecewa.
“Campur tangan pejuang siber politik sebenarnya hanya menambah keruh, malah ia merosakkan silaturrahim antara rakyat dengan pemimpin. Pemimpin menjadi mangsa dibenci oleh rakyat apabila pejuang siber politik menghentam seseorang artis yang bersuara,” katanya.








