'Bila aku look back, SPM ni takde value, kosong' - YouTuber dikecam netizen - The Reporter

‘Bila aku look back, SPM ni takde value, kosong’ – YouTuber dikecam netizen

Sebuah klip video pendek podcast yang menampilkan YouTuber Yousaf Iqbal telah menimbulkan rasa menyirap di kalangan netizen.

Dalam klip tersebut, Yousaf berkata pengalaman belajar di sekolah tidak memiliki nilai. Yousaf berpendapat bahwa ilmu yang diperoleh di sekolah seringkali tidak dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.

SPM tak ada value

Dia merasa malu ketika tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan dasar tentang agama dan kehidupan sehari-hari, seperti hukum-hukum dalam Islam.

“Memanglah dulu kita belajar (perkara) asas. Tetapi bila dah datang kepada latihan, pratikal yang ilmu itu perlu digunakan, kau jammed. Malunya.

“Bila aku look back dengan apa yang aku experince di sekolah dulu, SPM ini pun tak ada value langsung guys. Sekolah.. SPM ni pun.. kosong.

“The real value is this ilmu Allah Subhanahuwataala dowh. Aku tak boleh nak explain. Jangan nak buat the same mistake yang aku dah buat.

Malu tak dapat jawab soalan agama

“Kau bayangkan, aku dah kahwin. Kadang itu contoh bini aku bleeding (haid). Kadang-kadang dia exceed days. Aku..”Berapa hari eh?”, “Eh ini darah apa eh?”, “Kalau macam ni, apa yang aku kena buat? Dah boleh solat ke belum eh?”. Bapak malu siak.

“Kau husband tapi kau tak boleh nak jawab soalan itu. So, macam tu baru sikit. Belum anak kau pula nanti kencing. “Dia eh kencing. Dia suci ke tak suci eh?”

“Memanglah dulu kita belajar basic, tapi bila dah comes to practice yang ilmu perlu digunakan, kau jammed. Bapak malu gila as a man. Malu siak”.

Podcast lebih sesuai untuk orang yang ada ilmu pengetahuan

Namun, kenyataan Yousaf ini telah menimbulkan reaksi negatif dari netizen. Ramai yang merasa bahawa pendapatnya tidak berdasar dan hanya bertujuan untuk menarik perhatian netizen.

Seorang netizen bernama Rewan Ishak, mengkritik Yousaf dan mengatakan podcast lebih sesuai untuk orang yang memiliki ilmu pengetahuan.

“Podcast ini lebih sesuai untuk orang yang ada ilmu pengetahuan. Bila bersembang level tak lepas SPM ni, mudah untuk menampakkan kebangangan itu. Tapi lagi bangang bila orang pun suka share juga kebangangan itu demi views dan engagement”.

Netizen lain, ChepBoi, juga mengecam Yousaf dan mengatakan masalahnya bukan pada sekolah, tetapi pada individu itu sendiri. Sedangkan Islam telah mengajarkan keseimbangan antara ilmu dunia dan akhirat.

“Kalau kau kritik sistem pendidikan, aku sokong. Tapi untuk kau cakap sekolah itu tak ada value, kosong, kau ignorant. Yang masalah itu kau, bukannya sekolah. Islam is about balance. Dia ni tak pernah dengar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ke? Dengar cara dia berbual je dah tahu IQ dia macam mana.”

Kontroversi ini mengingatkan kita pada kritikan yang pernah dilontarkan oleh penyanyi As’ad Motawh, yang juga mengatakan kebanyakan masa yang dihabiskan di sekolah adalah sia-sia.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!