‘Biasalah dah famous, ramai barua-barua nak buat content kat kedai Tom’ – Owner Garden Western Grill sangkal fitnah netizen

Pemilik restoran Garden Western Grill menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial kononnya dia meletakkan bendasing di dalam menu jualannya untuk disajikan kepada pelanggan istimewa.

Menurut Tom, dia tidak pernah berkata demikian dan sebaliknya dia hanya mengeluarkan kenyataan tergantung yang membawa kepada pelbagai maksud.

“Kahkahkah! Apa-apa hal nak gelak dulu. Tiada apa yang korang boleh buat sebab Tom pakai ayat tergantung. Thanks for free marketing and attention,” katanya.

Terdahulu, Tom melalui Facebook rasmi perniagaan berkata, dia menunggu kehadiran TikToker bernama Jason untuk membuat review di premisnya.

“Bila la influencer ni nak datang kedai Tom, Yang seorang dah check-mate kena special ingredient dalam makanan. Hanya budak hotel je tahu apa Tom maksudkan special ingredient,” katanya.

Di kesempatan itu, Tom meluahkan rasa ‘syukur’ dan berterima kasih kepada netizen yang menularkan nama kedainya walaupun dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Yang nak datang makan atau nak datang cari pasal dengan Tom pun dipersilakan datang. Terima kasih bagi Tom lagi famopus. Biar satu Malaysia tahu yang Tom ni owner kedai yang jenis fighter.

“Mesti (netizen) tak boleh tidur malam kan? Sebab bila kita teringat ‘benda special’. Comelkan psiko Tom?

“Biasalah kedai Tom famous, so ramailah barua-barua nak buat content kedai Tom untuk tumpang famous,” katanya.

Sumber: Facebook Garden Western Grill

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!