Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Saya pernah terkena di RNR di Tasik Raban, Perak, kawasan Lenggong. Siap makan dan solat lagi. Tup-tup muntah bila dapat tahu yang RNR itu sebenarnya sudah lama tutup. Dah naik lalang pokok dah tempat itu,” demikian perkongsian individu yang menggunakan nama samaran, Seterus Menerus.
MASA itu dalam tahun 2013, kalau tak silap. Kami dalam perjalanan nak pergi ke rumah kawan, ada kenduri. Jadi kami berempat melalui Jalan Lenggong itu. Rumah kawan terletak di Kuala Kangsar. Jalan nak pergi ke rumah kawan kami ini boleh tahan juga seramnya.
Masa itu jam di tangan menunjukkan jam 8.20 malam. Kami keluar dari kereta dan pergi solat dulu. Selesai solat, kami pun pergilah makan. Suasana pada malam itu memang sejuk. Pengunjung memang ramai dan pemandangan pun cantik. Maklumlah atas bukit, bawa tasik.
Keesokan harinya, bila kami lalu semula di depan jalan masuk ke RNR Tasik Raban, Ya Allah, memang sungguh RNR itu sudah ditutup. Dah berhutan. Tetapi apa yang kami pelik ialah, jalan nak masuk ke RNR itu dah ditutup dengan bongkah batu besar. Macam mana kereta kami boleh masuk?? Tak masuk akal sungguh.
Semenjak dari peristiwa yang menyeramkan itu, kami lebih berhati-hati. Terpulanglah sama ada korang nak percaya atau tidak.
Anda ada cerita/kisah/pengalaman paranormal atau mistik yang ingin dikongsikan? Hantarkan kepada kami di SINI.














